GONG XI FAT CHOI – SELAMAT TAHUN BARU CINA 2559

poharapan January 18th, 2008

GONG XI FAT CHOI!

Selamat Tahun gong-xi-fat-choi-2008.JPGBaru Cina 2559

 Po Harapan Jaya mengucapkan Selamat Tahun Baru Imlek 2559/2008 yang jatuh pada 7 Februari 2008.  Semoga di Tahun Tikus Api ini kita menjadi orang yang lebih baik. Lebih sabar dalam menghadapi masalah dan berguna bagi sesama.

 Di bawah ini sebuah artikel mengenai tahun baru cina :


Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dibersihkan dan segala hutang-piutang dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau hantu jahat dan nasib tidak baik. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga mei hua, kue kerajang, dan pokok limau.
Menurut legenda, pada zaman silam terdapat seekor raksasa bernama Nian yang sering mengancam manusia. Orang Cina menyadari bahawa raksasa tersebut kalah terhadap bunyi kuat dan warna merah, maka mereka menghalaunya dengan meletupkan mercun yang berbunyi kuat dan menggunakan warna merah secara merata. Maka bermulanya tradisi perayaan Tahun Baru.
Tahun Baru Cina dirayakan dengan jamuan ‘yee sang’ dan ‘nien ko’. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti itik, salai, sosej, kek beras, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kawin. Perarakan tarian naga atau singa (barongsai) akan diadakan dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan saja dirayakan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan juga oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol, Miao (Hmong China), dll.
Di Indonesia, tahun baru cina 2559 jatuh pada kamis,7 Februari 2008. Sebagai tanda bermulanya tahun tikus. Selamat merayakan tahun baru cina, berkumpullah bersama keluarga besar anda agar suasana lebih meriah. Persiapkan perjalanan anda jauh-jauh hari agar semua dapat terlaksana sesuai rencana.

Sekali lagi Segenap Karyawan dan Staff PO HARAPAN JAYA mengucapkan Gong Xi Fa Cai! Semoga Sukses Selalu!

Terima kasih atas kepercayaan dan kesetiaan anda yang selama ini menggunakan jasa tranportasi darat yang kami sediakan ( BUS MALAM, PATAS, BUS PARIWISATA ).

Artikel Lainnya

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Security Code: